Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita
kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua
untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah
kepada yang rumit.
Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang
mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamnya ketika
mencari calon isteri.
7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:
1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat
tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain
terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap
egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros
atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai
lelaki.
2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita
seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka menunduk ketika berjalan
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan
berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai.
Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu
akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan
dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan menatap lurus ke depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh,
dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali
menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia
berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu
berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap
tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah
itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Badan nampak tegak ketika berjalan
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius
seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik
tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan
sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual
dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya
agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh
jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan
dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul
dan setiap individu adalah berlainan.sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar